Tuesday, November 6, 2012

Kontroversi Nurul Izzah: Lagi Bukti Pas Halalkan Agama Untuk Politik


Pas semakin berserabut dengan isu yang ditimbulkan oleh Nurul Izzah. Bermacam-macam pendapat yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan PR. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menempelak.

Bagi pemimpin Pas yang benar-benar menghayati Islam, dengan berani menyanggah kenyataan Nurul yang dilihat boleh memesongkan akidah umat Islam. Nurul Izzah sebenarnya hanya mengambil makna ayat yang awal dari surah Al-Baqarah iaitu 'tiada paksaan dalam Islam'. Nurul Izzah seharusnya memahami keseluruhan makna ayat tersebut iaitu (ayat 256):

Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Sementara itu bagi Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menganggap kenyataan lancang Nurul Izzah sebagai seorang yang masih lagi belum memahami Islam. Menurutnya, sebagai orang Islam, mahu atau tidak, adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam mematuhi semua perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Menambah pedih derita Nurul Izzah apabila Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Aziz mengkritik kenyataan itu sebagai tidak logik. Jika difahami makna ayat 256 surah Al-Baqarah, tiada paksaan itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam sahaja. "Adalah tidak logik seseorang lahir dari ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Sedang itu adalah satu anugerah Allah dan tak perlu bersusah payah mengenal Tuhannya" kata Nik Abduh.



Pun begitu masih ramai dikalangan pimpinan Pas yang menghalalkan agama sebagai bahan politik. Dalam forum tersebut yang juga dihadiri oleh  pemimpin Pas yang berwibawa tentang Islam seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa, masih mempertahankan kenyataan Nurul. 

Begitu juga dengan ulasan Dr Asri yang cuba mengambil jalan tengah dalam isu ini tapi masih memperlihatkan lebih condong membela Nurul.

Lebih parah lagi apabila Presiden Pas, Hadi Awang dan Mursyidul Am, Nik Aziz hanya berdiam diri. Malah Hadi Awang langsung tidak berminat untuk mengambil tahu kerana sedang menumpukan perhatian pada PRU13 yang akan datang. Beliau menganggap isu itu hanya remeh temeh dan banyak lagi yang perlu difikirkan.

Jelas, di satu pihak Pas hanya menggunakan Islam sebagai slogan politik, manakala di satu pihak lagi Pas yang benar-benar ingin melihat Islam subur di negara ini. Walaubagaimana pun yang pasti Pas yang kedua (melihat Islam subur) tidak akan mampu menongkah arus melawan kehendak nafsu pucuk pimpinan Pas. Baginya, biarlah agama menjadi taruhan, yang penting kuasa harus ditangan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More