Thursday, November 8, 2012

Lelaki paksa isteri jadi pelacur selama 5 tahun


Polis menahan seorang lelaki kelmarin atas tuduhan keganasan rumahtangga kerana memaksa isterinya melacur sejak lima tahun lalu.

Tangkapan itu dibuat selepas penduduk di Kompleks BNI di Sawangan, Depok, memindahkan isteri dan dua anak Ari Wibowo, 35, yang katakan melanggar anak bongsunya dengan motosikal dan memukul anaknya yang berusia 10 tahun dengan topi keledar pada Ahad lalu.

Jirannya segera melempar batu ke arah Ari untuk menghalangnya daripada mengejar anak lelakinya dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Seorang jiran, Suryono, 55 berkata, isteri Ari cuba meninggalkan rumah itu kerana didera oleh suspek. Dia memberitahu jiran, Ari memaksanya melacur dengan bayaran RM300,000 (RM98) sejak sebelum dia melahirkan anak kedua dan beberapa hari selepas melahirkan untuk membayar kos bersalin.

“Kami dapat mendengar dia mendera keluarganya setiap hari sejak mereka berpindah ke sini lima tahun lalu tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa. Kejadian terbaru berlaku di luar rumah jadi kami dapat menghalangnya,” kata Suryono. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More