Saturday, November 3, 2012

LELAKI SAMAN ISTERI YANG ASALNYA HODOH!

Tidak, gambar di atas bukan photoshop yang hebat, ia adalah rupa wanita tersebut yang sebenar, sebelum dan selepas pembedahan kosmetik.

Ternyata ia adalah salah satu daripada keajaiban dunia pembedahan kosmetik.

Namun, mengapakah kisah ini mendapat perhatian seluruh dunia?

Kerana suami (kini sudah bercerai) wanita ini telah membawanya ke mahkamah dan mendapat $120,000 (Dollar Amerika Syarikat) dari wanita tersebut dengan alasan dia telah tertipu oleh kecantikan ‘palsu’ bekas isterinya itu.


Kes tersebut berlaku di China dan segalanya bermula apabila Jian Feng dan isterinya (namanya masih tidak dapat dikenalpasti walaupun gambarnya telah tersebar di internet) mendapat cahaya mata pertama.

Lelaki tersebut menggambarkan anaknya sebagai bayi yang ‘sangat buruk’ dan huduh kerana bayi tersebut tidak menyerupai dia atau isterinya.

Jian kemudian menuduh isterinya berlaku curang dengannya.

Setelah berbulan-bulan membuat tuduhan-tuduhan yang salah, isteri Jian tidak mampu menyimpan rahsianya lagi – tidak, dia tidak berlaku curang, tetapi faktor yang menyebabkan anak mereka tidak menyerupai mereka langsung adalah kerana isteri Jian telah membelanjakan $100,000 untuk menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah rupa asalnya dan dia tidak pernah memberitahu Jian tentang perkara tersebut.

Jadi, kemungkinan besar anak perempuan itu mewarisi rupa kurang cantik ibunya yang sebenar.

Apakah tindakan yang diambil oleh Jian?

Sesuatu yang tidak masuk akal…dia mengambil keputusan untuk bercerai dan mendapat ‘ganjaran yang agak besar’ (keputusan mahkamah diberikan oleh hakim lelaki).

Kisah ini pastinya akan membuatkan kita terfikir iaitu lelaki jenis apa yang sanggup mengutuk rupa anaknya sendiri – pastinya lelaki dayus yang hanya cintakan isterinya kerana paras rupa, betul tak…

APA KATA ANDA?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More