Thursday, November 8, 2012

Lembu berkaki enam dilahirkan di Muar, Johor


Seorang penternak lembu di Kampung Parit Kadir, Bukit Pasir di sini, terkejut apabila mendapati seekor anak lembu baru dilahirkan berkaki enam.

Mokhsin Lun, 51, berkata, anak lembu itu dilahirkan pada 27 Oktober lalu iaitu sehari selepas Aidiladha.
“Ketika pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari, saya dapati semua lembu ternakan berkumpul di satu sudut di dalam kandang.

“Saya menghampiri dan mendapati anak lembu berkenaan baru dilahirkan, saya terus mengangkatnya untuk ditempatkan di lokasi lain kerana bimbang dipijak lembu dewasa,” katanya, semalam.
Menurut Mokhsin, pada masa sama, dia terlihat sesuatu yang ganjil pada tengkuk anak lembu itu dan mendapati ia sepasang kaki. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More