Thursday, November 8, 2012

"Tiada Paksaan Dalam Agama" Ulamak Pas GAGAL Tafsir



لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ


Hanya kerana taksub dengan duniawi, gila untuk merampas kuasa kerajaan, mabuk kuasa dunia maka semua ulama parti pas telan sahaja apa yang keluar dari mulut sekutu mereka walaupun mereka tahu bahawa sekutu pakatan haram mereka keluarkan kenyataan hanya bersandarkan undi demi politik semata-mata.

Tak perlulah MI nak tafsir secara mendalam mengenai ayat di atas, cukuplah sekadar Allah swt telah bermurah hati tunjukkan kepada kita betapa dalam parti pas, hanya ada ulama politik yang entah dari mana asal pendidikan mereka.

Allah swt tunjukkan bahawa himpunan manusia yang gunakan ketayap putih uang kononnya ustaz yang hebat di pentas ceramah hanyalah manusia yang tidak tahu apa-apa. Mereka kebanyakannya menhafal dua atau tiga potong ayat Quran untuk dijadikan modal di pentas ceramah dan sesudah ceramah, mereka senyum lebar kerana rata-rata pendengar yang tak tahu mereka ditipu telah mengangkat martabat mereka menjadi USTAZ.

Apakah dengan mudah bila anak kita yang dah akil baligh tidak solat maka kita tak boleh memaksa anak kita solat kerana ayat di atas ? Bagaimana dengan gesaan Nabi saw meminta kita mula mengajar anak solat seawal usia mereka dan rotan mereka kiranya mereka tinggalkan solat bila dah mencapai umur wajib solat atau dah akil baligh ?

Semudah ini Nik Aziz dan HAdi Awang GAGAL untuk buka mulut menegur sekutu pakatan haram mereka persendakan wahyu Ilahi ?

Bermula kononnya dari mereka menang besar di PRU12, apa sahaja yang dibuat oleh sekutu pakatan haram mereka, Pas tak mampu tegur, umpama bidalan kasar orang kampung, "telor dan masuk ke dalam", mereka tak mampu tegur dan baiki silap mereka. Apa yang Allah swt tunjukkan kepada kita, parti Pas cuba tegakkan apa yang SALAH, mereka ketepikan soal dosa pahala dan halal haram.

Bertitik tolak dari penggunaan nama Allah oleh penganut lain hinggalah cermah dalam masjid oleh kafir-kafir sekutu pakatan haram mereka, Pas terus membisu menjadi Syaitan atau IBLIS bisu. Takutnya Pas, bimbang nanti PRU mereka tak dapat bajet dari pakatan haram mereka. Bajet yang kononnya datang dari kumpulan Yahudi yang berpengkalan di Amerika.


Kerana kuasa, kerana undi maka apa yang tertera dalam gambar di atas dengan mudah parti Pas mengangguk sahaja. Peduli apa dengan hukum hakam, peduli apa dengan adab dan sunnah memakmurkan Rumah Allah, janji mereka dapat sokongan untuk PRU, itu lebih penting.

Takrif SUCI dalam Islam pun Pas GAGAL tafsir, inikan pula ayat mengenai "tiada paksaan dalam agama".

Gambar di atas hanyalah satu dari seribu satu kejahilan pas dalam menipu umat Islam di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More