Wednesday, November 14, 2012

PANAS!!! M.Nasir kembali 'masuk Umno'...


Penyanyi tersohor Dato M.Nasir sebelum ini telah menimbulkan kontroversi apabila dia menyanyikan lagu Panji Keadilan seperti yang tersebar di Youtube.

Untuk pengetahuan korang.., lagu Panji Keadilan tu liriknya ditulis oleh Hasmi Hashim yang juga rakan baik M.Nasir dikatakan menjadi lagu tema PKR.

Berikutan tindakan M.Nasir tersebut, beliau dikutuk kaw-kaw oleh penyokong pro kerajaan didalam dunia siber kerana dikatakan tak mengenang budi.

Tapi satu perkara yang mengejutkan gua.., hari Ahad lalu M.Nasir turut dilihat hadir di pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia di PWTC oleh Perdana Menteri Najib Razak.


Malah gua difahamkan M.Nasir dilantik sebagai orang kuat yayasan berkenaan dan dikatakan telah berikrar untuk taat setia dengan kepimpinan kerajaan..

Apapun, gua yakin puak-puak Pakatan khususnya blogger dorang akan mula pening kepala dengan berita ni..

Mana taknya beb.., baru dorang nak celebrate M.Nasir join PKR.., tup-tup dia dah masuk 'Umno' balik.. Hahahahaha...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More