Sunday, November 25, 2012

Papan Iklan Wajah Pelanggan Pelacur Tersungkur Hangus Di Lebuhraya



Bermula dengan gah, bermula dengan penuh sombong dan bongkak tanpa mendapat permit apalagi Pilihanraya Umum masih jauh untuk setiap parti politik memasang bendera, poster atau apa saja yang berkaitan dengan KEMPEN.

Namun, kerana sifat bongkak yang melampau, sikap yang sentiasa mewujudkan suasana tegang dan sentiasa nyalakan api provokasi, pakatan haram tanpa silu dan hormat, melannggar apa saja peraturan yang sudah sekian lama diikuti oleh rakyat Malaysia.

Semalam, kecoh semua jentera pakatan haram, baik jentera maya maupun jentera akhbar cetak. Pakatan haram menuduh papan iklan yang berwajahkan ketua mereka menyembah bumi adalah angkara UMNO BN.

Mind-set kononnya semua yang terjadi dalam Malaysia adalah kerana UMNO BN, doktrin ini sudah lama cuba ditanam dalam pemikiran setiap rakyat Malaysia agar menampakkan kononnya segala kejahatan yang terjadi di bumi yang bertuah ini adalah angkara UMNO BN.

Iklan yang besar dan bukan murah harganya itu siap dengan kempen pilihanraya dengan janji munafik mereka, "Turunkan Harga Minyak" hanya mampu bertahan tak sampai seminggu. Atas kebenaran siapa papan iklan tersebut dipasang, kita semua masih tertanya-tanya, apakah papan iklan itu dipasang di atas tanah milik persendirian atau tanah milik PLUS.

Namun bagi pakatan haram, mereka tidak penting itu semua kerana mereka hanya berpegang kepada "KITA BOLEH BUAT APA SAJA KERANA MALAYSIA INI MILIK RAKYAT". Boleh berhimpun haram di mana saja, boleh ceramah tanpa permit dan yang paling jijik, boleh ceramah agama di masjid tanpa tauliah. Belum dikira boleh DOAkan kehancuran sesama Islam.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More