Friday, November 9, 2012

Pejabat Malaysiakini Di Serbu Polis..Nurul Izzah Bagai Cacing Panas


KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengambil keterangan tiga pegawai portal berita pro-pembangkang Malaysiakini berhubung laporan berita berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata ia dilakukan atas perintah Majistret Petaling Jaya dan keterangan diperlukan untuk mengenal pasti penulis artikel itu.

"Setakat ini identiti penulis artikel belum diperolehi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Keterangan petugas Malaysiakini itu diambil di pejabat portal berita berkenaan di Bangsar di sini antara 5.15 petang dan 6.55 petang tadi.

Ia melibatkan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya diketuai Pegawai Penyiasat ASP Nadzri Harun serta unit forensik IPD Cheras.

Menurut Yahaya, tiada sebarang rampasan dilakukan.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada Nov 3 itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah dipetik berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya.

Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah memberitahu beliau akan memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam pagi esok. 

- Bernama


gambar hiasan

Di Kota Bharu, anak Nik Aziz tempelak Nurul Izzah ;

KOTA BHARU 6 Nov. - Dewan Pemuda Pas hari ini menempelak Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungk

apan tiada paksaan dalam agama daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Ahad lalu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata: Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Nik Abduh berkata, tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa bukan Islam untuk memeluk agam suci itu.

Ayat tiada paksaan dalam beragama adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih agama masing-masing.

Tetapi jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak berhak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim? Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar agama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?," soal beliau.





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More