Sunday, November 18, 2012

Pelakon Eina Azman selalu dipukul dan ditendang kerana terlalu cantik


Kesian dengan Eina Azman, pelakon yang sedang meningkat naik kerana pernah dipukul dan ditendang oleh rakan sekolah kerana terlalu cantik dan tinggi. Ini mesti sikap cemburu di kalangan perempuan yang tidak memiliki kecantikan seperti yang dimiliki Eina Azman. Jom ikuti luahan hati Eina Azman selepas ditemubual baru-baru ini.
“Pernah saya cedera akibat terjatuh ketika turun tangga gara-gara rasa cemburu mereka. Parut luka itu kekal hingga kini. Keadaan semakin teruk bila saya belajar di sekolah menengah. Ada saja yang sengaja mencari kesilapan saya, walhal saya tidak pernah ganggu sesiapa.

“Bukan saja rupa, bahkan ketinggian saya turut jadi bahan pertikaian. Bukan saya tidak cuba berbaik-baik, tetapi kebanyakan rakan akan menjauhi saya.


“Entah di mana silapnya saya pun tak tahu, walhal tiada beza pun saya dengan mereka. Apa yang mereka pakai, itulah yang saya pakai, malah saya tidak pernah bermegah bergelar artis.


“Saya sudah biasa terima panggilan berbaur ugutan mahu cederakan wajah saya, selain berpuluh-puluh surat layang. Sudah banyak laporan polis dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.


“Saya tidak tahu ia angkara siapa dan tidak mahu ambil tahu. Ibu tidak sanggup lihat saya bersedih lagi dan atas faktor itu juga dia sarankan saya berhenti sekolah dan belajar di rumah saja,” katanya. - blogzaim.com

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More