Saturday, November 17, 2012

Penjelasan Erra Fazira Isu Perceraiannya



Erra Fazira Komen Gosip Isu Cerai: Sehingga kini belum ada sebarang perkembangan berhubung status sebenar rumah tangga aktres jelita Erra Fazira dan Engku Emran, namun begitu cerita kurang enak kedua mereka sering diperkatakan di semua saluran media.


Termasuklah gosip yang mengatakan mereka baru bercerai pada penghujung Oktober lalu. Orang yang bertanggungjawab ke atas cerita tersebut melaporkan ia datang daripada sumber yang boleh dipercayai.
“Minta maaf, buat masa ini tidak ada sebarang kenyataan mahupun penjelasan buat Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Hingga ke hari ini, gosip hanya sebagai gosip sahaja”
“Jika ada fakta yang ingin Erra kongsikan bersama peminat serta umum, Erra pasti memberitahu secara langsung kepada anda dan juga rakan media semua”
“Erra berharap agar rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber lain, selain apa yang datang daripada Erra ataupun Engku Emran sendiri”
Namun apa juga pengakhiran atau penyelesaiannya kepada kekusutan dan cerita mengenai kedua mereka ini, diharapkan ia tamat dengan baik untuk kebaikan semua pihak

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More