Thursday, November 22, 2012

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus VS Penjelasan McDonalds




Agak kecoh juga laman sosial ketika ini apabila sekeping gambar penceramah bebas bersama keluarganya, Ustaz Azhar Idrus berada di Mc Donalds tersebar.

Gambar itu menunjukkan, anak Ustaz Azhar Idrus senang makan ais krim McD, terdapat juga air kopi McD di atas meja itu beserta dulang makanan dan bekas ‘cheesy wedges’ KFC.

Apa yang menjadi persoalannya adakah Ustaz Azhar benar-benar makan di Mc Donalds atau tidak!

Jika sebelum ini, gambar berkenaan tidak diambil peduli, kini segalanya berubah.

Ia bermula apabila isu mengenai peperangan diantara Israel dan Gaza telah menyebabkan sesetengah pihak melancarkan boikot terhadapat restoran makanan segera itu.

Boikot berkenaan dilakukan kerana terdapat sumber-sumber yang mengatakan Mc Donald telah menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan mereka kepada negara yang amat kejam itu iaitu Israel.

Disebabkan tuduhan tidak berasas itu, Mc Donalds Malaysia telah menulis di Facebook dengan mengatakan keuntungan mereka peroleh tidak disalurkan kepada mana-mana pihak politik yang terlibat dengan keganasan di dunia ini.


Berbalik kepada gambar Ustaz Azhar Idrus tadi, oleh kerana insiden ini berlaku, sesetengah individu telah menjadikan ia sebagai medium kepada rancana polotik.

Melihat daripada keadaan itu, menerusi Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original), dia telah mengeluarkan respon seperti di bawah.

Walaupun kenyataan itu telah dikeluarkan sendiri olehnya, masih ada beberapa pihak yang mengatakan apa yang Ustaz Azhar jelaskan itu seperti tidak selari dengan keadaan dengan gambar yang tersebar.

Misalnya, amat tidak logik beli air nescafe tetapi menggunakan cawan kopi McD.

Apa-apa pun, kebenaran hanya diketahui oleh Ustaz Azhar sendiri.

Apa yang penting, jangan kerana sekeping gambar, pelbagai fitnah ditaburkan untuk kepentingan politik atau diri sendiri semata-mata.

Fikir-fikirkanlah….

- mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More