Sunday, November 25, 2012

Persiapan Kiamat


Terlalu taksub dan percaya pada ramalan tentang berlakunya kiamat pada penghujung tahun 2012, terdapat segelintir orang Barat yang telah pun membuat persiapan untuk mengelakkan kesan kiamat.

Mengikut kalendar kaum mayan, tarikh dunia akan hancur ialah 31 Dis 2012, dimana bumi akan dihancurkan dan akan memasuki peradaban baru. Waktu yang diramalkan ialah pada musim sejuk, matahari akan bergabung dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika dengan ekuator secara total. Saat itulah matahari tepat berada di tengah-tengah sela sistem galaksi iaitu terletak di atas bumi dan bagaikan membuka sebuah Pintu Langit.

Namun sebagi umat Islam kita wajib beriman tentang berlakunya hari kiamat, cuma kita tidak wajib mempercayai ramalan khurafat tentang tarikh sebenar kiamat. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan kekal menjadi rahsia Allah.

Apa yang penting ialah bukan bila, tapi apa persiapan amalan kita untuk menghadapinya.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More