Friday, November 23, 2012

Seorang Peserta Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi Maut

Tragedi konvoi motosikal berkuasa tinggi

Seorang maut manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan konvoi 12 motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum susur Subang Jaya di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53, ahli Kelab Kota Tinggi Bikers manakala isteri mangsa yang cedera parah, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Antara mangsa yang cedera parah ialah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, Asisten Superintendan Kamardin Yusof yang sedang bercuti.


Difahamkan, Kamardin bersama konvoi kelab motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan ke Phuket, Thailand, dan beliau patah tangan kanan.

Menurut sumber polis trafik, kemalangan berlaku apabila kenderaan SUV jenis Honda CRV yang berada di laluan tengah lebuh raya berkenaan, menukar laluan secara tiba-tiba.

Tragedi konvoi motosikal berkuasa tinggi

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More