Thursday, November 22, 2012

The Star: Harakah Salah Pertikai

Ketua Pengarang The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai mempertikaikan dakwaan portal berita Harakahdaily milik Pas bahawa akhbar berbahasa Inggeris itu menyiarkan laporan kurang tepat berhubung kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang membentuk kerajaan pada PRU13.

Berikut adalah kenyataan Chun Wai:

1. Penafian hanya dibuat oleh Harakah, bukannya Hadi Awang. Setakat ini Hadi sendiri belum menafikan berita tersebut. Kalau betul, Abdul Hadi yang sepatutnya bercakap, bukan Harakah yang membuat penafian.

2. Pesuruhjaya Pas di beberapa negeri tampil memberi sokongan kepada Abdul Hadi untuk menjadi Perdana Menteri termasuk Pesuruhjaya Pas Terengganu dan Johor. Kalau berita yang dilaporkan oleh The Star itu salah, sudah tentu ulama-ulama yang berpengalaman itu tidak menyokong apa yang dilaporkan oleh The Star.

3. Kita tidak harus terlalu yakin atau mempercayai ketepatan berita Harakah yang dikritik oleh penyokong-penyokong Pas pada muktamar baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More