Thursday, November 15, 2012

TOP blogger Penang dapat offer join Pakatan? @NajibRazak


Kecoh beb!! Betul ke ada sorang blogger tersohor di Penang ni di OFFER masuk PKR? Betul ke blogger tersebut ditawarkan tempat sebagai calon untuk PRU13 dan juga 'imbuhan lumayan' yang sukar untuk ditolak?

Gua dengar berita ni dah heboh sampai ke peringkat Pusat.. Dan hari ni saja, gua dapat banyak panggilan dari pelbagai peringkat untuk mengetahui kesahihan berita tersebut..

Dan jawapan gua...., NO KOMEN!!

Seriosly.., blogger yang dimaksudkan tersebut bukanlah gua.. Namun begitu, gua akui memang ada tawaran kepada beberapa blogger-blogger disini untuk berjumpa dengan pihak-pihak tertentu yang berhaluan kiri..

Tawaran serta material yang dorang umpan memang superb beb.. Silap-silap haribulan, boleh goncang keimanan gua yang setebal kulit bawang ni tau..

Cuba korang baca keratan email dibawah ni.. Ni adalah petikan email yang dihantar..


Tapiii..., gua masih waras lagi.. Takkan la gua sanggup untuk tukar kem semata-mata kerana offer ciput macam tu.. Kalau offer juta-juta tu lain lah kannn... =)

Gua tahu para pengamal media dan bloggers macam gua ni tak dihargai oleh golongan bangsawan diatas sana.., tapi taklah sampai gua tergamak untuk lompat beb..

Dan gua juga taklah terdesak sangat nak cari duit walaupun hakikatnya gua bukan tergolong dalam kategori orang kaya macam anak Nazri Aziz dan mewah macam anak Shahrizat..

Walaupun ada pemimpin bahagian dan negeri yang kata kerja bloggers Penang ni tak berkesan.., walaupun ada pemimpin negeri yang tak peduli kebajikan blogger macam gua dan kengkawan.., gua tak kisah beb..

Bagi gua, apa yang gua buat ni adalah merupakan sumbangan kecil gua pada kerajaan yang selama ni banyak membantu gua..

Dan gua faham perasaan blogger otai yang cuba dipancing oleh pihak-pihak berhaluan kiri tu.. Beliau selama ni bertungkus lumus buat kerja 24/7, tapi realitinya dia dilayan macam sampah beb..

Baca cerita pasal tu DISINI.., DISINI dan juga DISINI...

Memang sadis!!! Terpaksa mengemis untuk buat kerja tauu.. Nasib peminta sedekah pun tak sadis macam beliau beb!!!

So.., gua tak ada mood untuk panjangkan cerita ni.. Cuma gua nak tanya satu je pada pemimpin negeri dan jugak di atas sana tu..., KORANG NAK MENANG KE TAK?


p/s: Kesian Najib buat kerja sorang-sorang di atas sedangkan pemimpin-pemimpin negeri asyik 'main' dan buat bodoh je kehulu kehilir...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More