Friday, November 2, 2012

WANITA KEJAM PAKSA MANGSA MINUM AIR BASUHAN!

London : Selepas bertahun-tahun melakukan penderaan, seorang janda, Christine Morgan, 61, akhirnya bakal menerima balasan selepas dia didapati bersalah atas tuduhan melakukan kekejaman berkenaan.

Hukuman ke atas Morgan akan ditentukan oleh mahkamah selepas juri mengambil masa selama lima jam untuk mensabitkan wanita itu dengan tuduhan tersebut.

Mangsa, yang kini telah dewasa, memberitahu mahkamah dia didera seawal usia empat tahun oleh wanita yang tidak berhati perut itu.

Ia termasuk memaksa mangsa meminum air sabun daripada kain buruk yang digunakan untuk mengelap tandas serta mencucuh kain buruk yang disumbatkan ke dalam mulut mangsa.


Morgan juga dilaporkan cuba melemaskan mangsa dalam air selain mengugut akan membunuhnya.

Keganasan tersebut tidak berakhir di situ malah ia turut berlaku dalam fikirannya apabila perbuatan kejam itu kini telah menjejaskan kesihatan mentalnya.

Mangsa, yang tidak didedahkan identitinya atas sebab perundangan, berkata demikian di sebalik skrin ketika memberikan keterangan di mahkamah.

Walaupun dia kini sudah dewasa, namun setiap malam dia sentiasa mengalami mimpi buruk akibat penderaan yang kejam itu.

“Tiada orang yang mahukan kau, aku akan bunuh kau dalam bilik mandi ini,’’ kata mangsa ketika mengulangi semula ugutan Morgan terhadapnya.

Jelas mangsa, penderaan itu menjadi mimpi ngeri yang tidak mungkin dapat dipadamkan.

“Saya terpaksa menerima kesan akibat perbuatannyanya. Saya dianggap sebagai sampah dan tidak layak hidup’’ katanya.

Morgan bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut namun dilaporkan memberitahu polis bahawa dia akan mencekik mangsa.

Dalam pada itu, Hakim Gary Burrell QC memberitahu, Morgan telah melakukan kesalahan serius, justeru dia perlu menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More