Sunday, November 4, 2012

YUSRY IZINKAN LISA BERLAKON ROMANTIK!


KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah lelaki, Yusry Abdul Alim tidak kisah sekiranya isteri kesayangannya, Lisa Surihani melakonkan watak yang mempunyai aksi romantik dalam watak-watak yang dibawakan Lisa.

Bagi Yusry, dia amat memahami pembawakan watak oleh Lisa memandangkan dia adalah seorang pengarah filem.

Justeru, dia menganggap watak romantik yang dilakonkan Lisa hanya berada di dalam lokasi sahaja dan tidak dibawa hingga ke luar set pengambaran.

Malah, Yusry sendiri meluahkan dia tidak mahu menghalang perjalanan karier seni lakonan isterinya kerana Lisa amat meminati dunia lakonan.

“Saya tidak mempunyai masalah sekiranya Lisa terlibat dengan adegan-adegan romantik kerana saya tahu itu hanya di set penggambaran sahaja dan tiada apa yang berlaku di sebaliknya.

“Sejujurnya, saya juga tidak mahu menghalang perkembangan karier lakonan isteri saya kerana bidang ini merupakan bidang yang kami sama-sama minati,” kata Yusry yang dipetik dari Utusan Online.

Menyokong kata-kata suaminya, Lisa berkata, dia perlu pandai untuk membawa watak dalam dunia lakonan.

Dia mahukan semua memahami watak-watak lakonannya hanyalah dalam drama atau filem sahaja dan tidak akan digarapkan dalam kehidupannya yang sebenar.

“Dalam bidang ini, saya perlu pandai membezakan antara realiti dan juga lakonan, kerana apa yang penonton lihat di kaca televisyen mahupun layar perak tidak lebih sekadar daripada lakonan sahaja.

“Walaupun kadangkala wujud perasaan segan untuk melakonkan babak-babak romantik, tetapi saya perlu menolak perasaan itu. Tugas sebagai pelakon memerlukan saya membawakan watak sedemikian,” kata Lisa. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More