Monday, December 3, 2012

Bangang Punya Parking


Kejadian ini berlaku di Putrajaya, di kawasan letak kereta sekitar Kementerian Perumahan Dan kerajaan Tempatan. Menurut empunya cerita, orang ramai terutamanya kakitangan awam yang bekerja sekitar kementerian tersebut agak marah dan tidak berpuashati dengan tuan punya kereta yang meletakkan keretanya betul-betul di laluan masuk kawasan parking.

Ini dah tentu menyebabkan pemandu lain tidak dapat memasuki kawasan tersebut. Nasib baiklah cuma diletakkan kon sahaja. Kalau dibuat perkara yang lebih teruk, kan dah rugi.

Kepada tuan punya kereta dan pemandu lain, dinasihatkan jangan mementingkan diri sendiri. Sebaik-baik manusia adalah yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More