Monday, December 3, 2012

Taman Tema Paling Seram Di Singapura!


Haw Par Villa, yang asalnya dikenali sebagai Tiger Balm Garden ialah Taman Mitologi Cina yang terletak di Singapore. 

Taman ini mempunyai lebih dari 1000 patung-patung yang paling pelik dan seram dan juga terdapat 150 diorama yang mencerminkan suasana dari lagenda Cina, sejarah dan ilustrasi berdasarkan Confucianism.

Tiger Balm Garden ini dibina pada tahun 1937 oleh adik beradik Aw Boob Haw dan Aw Boon Par sebagai menyambut kebudayaan masyarakat Cina. 

Mereka kemudiannya menjual taman tersebut kepada Singapore Tourism Board yang menukarkan nama taman tersebut kepada Haw Par Villa (Dragon World). 

Tetapi sekarang taman ini selalunya kosong dan jarang dikunjungi oleh kerana suasana yang menyeramkan dan mengganggu minda para pengunjung.

















0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More