Monday, December 17, 2012

Cara Menangani Bos Wanita Yang Cerewet



a) Kenali Majikan atau Ketua - Langkah terbaik adalah dengan mengenali majikan atau ketua dengan lebih rapat. Ambil tahu tentang latar belakang dirinya, keluarga dan minatnya. Bukan bertujuan untuk mengampu tetapi untuk memudahkan perjalanan kerja anda dengannya. Sebaiknya tonjolkan keikhlasan hati anda melakukan semua itu. Ini kerana apabila anda telah mengenalinya, akan akan lebih memahami sikapnya yang sebenar dan akan lebih mudah menerima setiap arahannya. Percaya atau tidak, anda akan berasa lebih tenang dan ikhlas untuk menjalankan tugas sekiranya hubungan dengan ketua berjalan lancar.

b) Jangan Tunjuk Hebat - Amat penting bagi seorang kakitangan sesebuah organisasi mempunyai pilihan terhadap tugasan yang akan dilakukan. Namun perlu diingatkan, jangan sesekali tersilap langkah yang akhirnya memerangkap diri anda sendiri. Seorang ketua atau majikan lebih suka dengan pekerja yang aktif, pandai berkomunikasi dan memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjanya. Jangan sesekali menjadi seseorang yang hanya pandai bercakap tetapi kosong dan tiada tindakan.

c) Saling Memaafkan – Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Setiap orang mempunyai kelebihan serta kekurangan diri. Seorang ketua juga pasti mempunyai kekurangan yang tidak disukai oleh pekerjanya. Sekiranya berlaku konflik atau perselisihan pendapat, belajarlah untuk saling memaafkan. Mungkin sukar untuk anda menegurnya secara terus kerana merasakan dia ialah ketua anda. Apa kata luangkan masa dengannya di kedai makan dan menegurnya dalam nada seorang kawan. Siapa tahu dia lebih selesa dengan cara itu. Jangan hanya meletakkan sesuatu kesalahan itu pada ketua, anda juga pasti ada melakukan kesilapan dan sikap yang tidak disenanginya.

d) Wujudkan Kepercayaan - Elemen kepercayaan daripada seorang ketua memang sukar tetapi anda mampu mewujudkannya dengan langkah yang betul. Kerja kuat sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan anda menyelesaikan masalah dengan lebih efisien. Luahkan masalah anda kepadanya kerana berterus-terang merupakan komunikasi yang bagus. Dengan mengetahui masalah anda, ketua atau majikan akan lebih mempercayai anda dan kurang mengkritik setiap tugasan anda.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More