Monday, December 10, 2012

Kadi Zalim Ajar Anak Jadi Derhaka


"Pengesahan di sijil nikah hanyalah sekadar dokumen". Itulah ungkapan seorang kadi Pejabat Agama daerah Kota Setar yang telah mengecewakan dan mengguris hati seorang bapa dan ibu.

Ia rentetan dari tindakan kadi tersebut yang tetap menjalankan upacara nikah anak perempuan kepada pasangan tukang kasut walaupun bapa perempuan tidak memberikan persetujuan.

Lelaki yang berusia 56 tahun itu telah mendapat notis dari Pejabat Agama Daerah Kota Setar mendapati anak perempuannya turut hadir bersama dengan seorang lelaki. Walhal anaknya yang ketika itu sedang belajar di England tapi telah pulang tanpa pengetahuannya.


Setelah memberikan kata putus untuk tidak bersetuju, dia pun pulang. Namun pada Okt, isterinya yang menjemput anak perempuan mereka di KLIA terkejut apabila diberitahu dia sudah berkahwin. Dia berkahwin pada Apr iaitu hari yang sama bapanya datang ke pejabat agama.

Pada pandangan penulis, perkahwinan itu bagus sebab dapat menghindarkan perbuatan zina dan maksiat. Itu dari satu sudut yang lain.

Dari satu sudut yang lain pula, tindakan kadi tersebut seolah-olah membelakangkan orang tua dan mengajar anak menjadi derhaka. Bukankah tugas seorang kadi selain sebagai jurunikah, juga berperanan menasihati mana yang baik dan mana yang buruk. Tentu si bapa mempunyai alasan dans sebab tersendiri kenapa dia tidak bersetuju pada waktu itu untuk menjadi wali.

Si kadi pun janganlah jadi bangang sangat. Kenalah juga ambil kira hati dan perasaan orang tuan. Penulis percaya kadi tersebut pasti sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Apa perasaan dia kalau anaknya buat perkara yang sama. Kesian si bapa penat lelah mencari rezeki sebagai tukang kasut, namun berjaya juga menghantar anaknya belajar ke luar negara.

Kalau beginilah sikap kadi-kadi yang ada, penulis percaya akan lahirlah generasi islam yang tak akan segan silu untuk derhaka dan juga menggalakkan kahwin lari.Jangan asyik nak fikir masyuk je beb. 

Yang si anak pulak, kalau dah gian sangat nak kahwin pun, tak kan sampai sanggup menjadi tanggang moden. Ingat restu orang tua adalah restu allah juga. Dahlah belum lagi membalas jasa orang tua, sudah pandai menderhaka.

Dunia-dunia..sayang sekali ilmu yang ada digunakan untuk menyakiti orang lain. 




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More