Monday, December 10, 2012

Bini Curang Di Tangkap & Di Heret Depan Nik Aziz


Selepas mereka menyarungkan pakaian, mereka dibawa turun dari keretapi dan dikawal sepenuhnya oleh rakan-rakan Ustaz Saidi yang datang bersama beliau. Kisah ini MI sambung kembali dan bagi yang tertinggal cerita ini dari awal sila ke SINI

Part VI

Persetujuan diambil antara Ustaz Saidi, Hj Fauzi dan Sang Suami bahawa kedua pasangan yang ditangkap kerana mungkar ini wajib dibawa mengadap Nik Aziz supaya diadili dengan undang-undang Islam yang dicanang selama ini oleh pari yang mereka anuti. 

Slogan HUDUD dan Membangun Bersama Islam ternyata sudah sebati dengan ahli Pas yang tegar. Mereka berharap dengan hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Mursyidul Am mereka yang juga Menteri Besar Kelantan akan menambah keyakinan rakyat bahawa Pas buka main-main dalam isu Islam.

Menurut Ustaz Saidi lagi, ketika itu juga mereka tanpa lengah terus menuju ke kediaman Nik aziz dan nasib memang menyebelahi mereka, Nik Aziz ada di rumah.

Ustaz Saidi menjelaskan bahawa Nik Aziz agak terkejut kerana yang datang ketika itu agak ramai termasuk Adun dan Isteri Ketua Pas Cawangan. Ustaz Saidi menceritakan bahawa disaat itu wajah Nik Aziz berubah, getar suaranya amat ketara dari biasa seolah-olah panik yang luar biasa ataupun mungkin darah gemuruhnya mula datang bersama penyakit lemah jantung yang dihadapinya.

Sambil Nik Aziz membuka kacamatanya dan meraut mukanya beberapa kali seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, Ustaz Saidi yang lebih 15 tahun bersama dan berkhidmat untuk Nik Aziz pertama kali melihat bagaimana raut wajah Nik Aziz seolah-olah tidak percaya bahawa orang harapan beliau tersungkur di kaki isteri orang....

"..ni guano pagi-pagi ramai mari nih..." Nik Aziz membuka bicara dalam getar suara yang amat jelas bahawa beliau bakal berhadapan dengan masalah yang akan merosakkan nama baik parti Pas. Beliau berada di persimpangan antara nama baik parti diutamakan atau Islam ditegakkan...itu gambaran Ustaz Saidi.

Ujian Allah swt pada hambanya datang berkadar dengan tahap iman dan amal mereka dan di saat inilah Nik Aziz diuji...

Ustaz Saidi menceritakan secara tercara terperinci tentang peristiwa hingga tertangkapnya mereka berdua di gerabak keretapi.

"..tok soh gege..demo semmo kelik dulu..ana akan buat semaye istiqarah..." itulah jawapan lebih kurang dari Ulama yang bergelaran Tok Guru setelah mendengar desakan dari Ustaz Saidi dan rakannya yang lain agar Nik Aziz laksanakan hukum Islam dengan segera.

Malah Ustaz Saidi menegaskan pada Nik Aziz bahawa beliau dan rakan-rakannya tidak melihat "mata pedang masuk dalam sarungnya" tetapi yang penting mereka di dalam bilik yang boleh mendatangkan syak. Apatah lagi Adun hanya pakai boxer, anu masih basah dan isteri ketua Cawangan Pas hanya sempat capai tuala mandi warna merah untuk tutup tubuhnya.

Dengan perasaan bercampur baur antara kecewa dan marah, mereka semuanya melangkah kaki ke pintu rumah Nik Aziz untuk pulang. Dalam hati Ustaz Saidi hanya Allah swt yang tahu.

Di sini mula detik hati Ustaz Saidi melihat tahap ketelusan "Ulama" parti malah ketelusan idolanya sendiri, Nik Aziz.

...bersambung...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More