Sunday, December 2, 2012

Pembekuan Pengambilan Polis Cadangan Bodoh Pembangkang




KUALA LUMPUR 2 Dis. - Cadangan pembangkang untuk membekukan pengambilan anggota polis baharu jika memenangi pilihan raya umum akan datang dilihat sebagai tindakan terburu-buru tanpa kajian mendalam.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, cadangan yang dinyatakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar itu juga tidak bersandarkan kepada fakta kukuh selain tidak mengambil kira cabaran dalaman negara.

"Cadangan itu hanya berlandaskan emosi semata-mata. Malaysia ini unik, ada pelbagai kaum. Jadi, cabaran mengendalikan jenayah merentasi pelbagai kaum itu tidak sama dengan negara lain. Lebih-lebih lagi negara ini sedang menuju ke arah negara maju.

"Trend jenayah juga berbeza. Kajilah secara mendalam kerana ini melibatkan keselamatan negara yang bukannya boleh cakap suka-suka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More