Sunday, December 2, 2012

Video Penyokong Harimau Malaya Teriak "Indonesia Itu Anjing"


Video Suporter Malaysia Menghina Indonesia

Team Harimau Malaya menang bergaya, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat, semua layak mendapat ucapan terima kasih termasuk peminat "die hard fan" yang tak jemu memberi semangat kepada pasukan bolasepak kita.

Walaupun pada mulanya Rajagopal selaku jurulatih dikecam hebat kerana membawa pasukan yang dikatakan amat layu, namun semua telahan dan hinaan terbukti meleset. Pasukan kita bangkit dengan megalahkan Laos dan akhirnya menumbangkan Indonesia.

Yang MI sedih bila berlaku insiden gema sorakan "Indonesia Itu Anjing', apakah MI silap dengar atau ianya benar seperti yang ada dalam rakaman video ini ?

Kalau benar maka kita wajar muhasabah diri, tidak sepatutnya ini berlaku, sama rumpun, sama agama dan sukan bukan tempat kita mencari permusuhan.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More