Monday, December 3, 2012

Wan Zack Haikal Jangan Gila Glamor




Selepas Khairul Fahmi (Apek) dan Nazmi Faiz mencipta nama di Piala Suzuki AFF 2010, tahun 2012 menyaksikan bersinarnya bintang Wan Zack Haikal. Dilahirkan pada 28 Januari 1991 (21 tahun) di Kuala Lumpur, Wan Zack Haikal Bin Wan Noor merupakan pemain terbaik Liga Singapura pada tahun 2012.
Wajah Wan Zack Haikal yang diibaratkan seperti Randy Pangalila mula mencuri perhatian gadis-gadis apabila menunjukkan mutu permainan yang sangat tinggi ketika Malaysia membelasah Laos 4-1. Sebentar tadi di dalam perlawanan menentang Indonesia, 
Wan Zack yang bermain di “right wing” telah menunjukkan persefahaman yang sangat baik dengan Mahali untuk membantu Harimau Malaya membenam Garuda 2-0.

wan zack haikal
Kepada gadis-gadis yang menaruh hati kepada Wan Zack, dinasihatkan supaya melupakan hasrat tersebut. Khabarnya hati jejaka tampan ini telah pun dicuri oleh seorang gadis. Mereka berdua memang sama cantik dan sama padan. 
wan zack haikal
Apek kena panaskan kerusi simpanan nampaknya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More