Tuesday, July 9, 2013

Anak Lelaki Ira ERA fm Selamat Lahirkan (Gambar)

Gambar Anak Lelaki Ira Penyampai Radio (DJ) ERA fm | KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2013: Penyampai radio Era FM, Ira atau nama sebenarnya Ira Mohd Amin atau pun Ira selamat melahirkan anakl lelaki yang juga merupakan bayi pertamanya malam tadi.

Ira selamat melahirkan bayi lelakinya itu sekitar jam 11.27 malam tadi di Hospital Pakar DEMC, Shah Alam.

Ira Mohd Amin, 29, satu- satunya penyampai wanita di ERA fm yang sudah pun berumahtangga telah memilih nama Mohd Said Zairil untuk bayinya itu. Di saat kelahiran anak sulungnya, dia telah ditemani suami, Shazril Ezani Razali selain beberapa orang krew dari Era FM turut menunggu khabar gembira di perkarangan hospital dari pasangan ini.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pendengar setia ERA fm dan juga peminat Ira Mohd Amin, pendengar boleh mengikuti perkembangan serta detik – detik gembira Ira menyambut kehadiran anak sulungnya itu di frekuensi Era FM malam tadi.
Gambar Anak Lelaki Ira
Warga Murai mengucapkan tahniah kepada Ira, suami dan semua warga Era FM di atas kelahiran bayi Ira ini yang juga merupakan bayi sulung untuk stesen no 1 Malaysia! – Murai

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More