Tuesday, July 9, 2013

Gempar! Guru Maut Ditembak Di Sekolah

Fuh!! Terkejut Dr Fuh dengar berita jenayah ni tadi. Bayangkan bagaimana seorang guru boleh ditembak di hadapan sekolah sebanyak 4 das dan penjenayah tersebut terlepas. Nampaknya kes jenayah di Malaysia semakin kritikal. Penjenayah dah tak takut pada undang-undang ciptaan manusia. Ikuti berita daribada metro.

BACHOK: Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.

Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia. – myMetro
Dr Fuh – Innalillah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More