Saturday, November 17, 2012

5200 Bergambar Demi Seni Tubuh Manusia



larian bogel di dunia
5200 Orang Berbogel Untuk Seni - SYDNEY : Seramai 5,200 orang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel pada waktu pagi yang sejuk pada sesi rakaman gambar beramai-ramai di Sydney Opera House di sini semalam.

Peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bentuk badan dan saiz itu berkumpul di tangga bangunan tersebut menjelang subuh.
Gambar mereka dirakamkan jurugambar terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Spencer Tunick.


Tunick kemudiannya mengarahkan mereka untuk mengangkat tangan, berbaring dan berpelukan.
Tunick terkenal kerana minatnya merakamkan gambar bogel secara beramai-ramai untuk tujuan seni.
“Saya ingat hanya orang tua dan golongan yang suka berbogel sahaja yang datang tetapi semua orang berada di sini,” kata seorang pelajar berusia 19 tahun, Art Rush yang turut berbogel.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More