Friday, November 2, 2012

Akhil Hayy Komen Deanna Sofea!

KUALA LUMPUR : Walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan lagi dengan Deanna Sofea, Akhil Hayy yang pernah memegang status sebagai bapa tiri kepada penyanyi baru ini terkejut selepas mendapat tahu bahawa bekas anak tirinya itu telah pun bergelar penyanyi.

“Dia bekas anak tiri saya. Payah sikit saya nak berikan komen. Ini kerana ia membabitkan maruah. Masa saya sah jadi bapa tirinya, saya tidak nampak pun tanda-tanda yang menunjukkan minat atau keinginannya untuk menjadi penyanyi. Malah, saya juga tidak terfikir dia berminat untuk menjadi penyanyi.


“Dia kini sudah jadi tanggungjawab ibu dia sepenuhnya. Saya tak boleh nak komen apa-apa lagi. Sewaktu dia dalam tanggungjawab saya pun, tidak pernah saya didik dia untuk menjadi penyanyi.

“Walaupun didikan saya itu tidak sempurna mana, sebagai ayah dan ustaz saya tidak akan suruh anak saya menjadi penyanyi. Sejakbercerai, dia berada di bawah jagaan ibunya,” katanya ketika dihubungi murai.

Meneruskan penjelasan, Akhil berkata, dia tidak pernah tahu lagi mengenai perkembangan bekas anak tirinya itu selepas dia berpisah dengan ibu kepada penyanyi baru berkenaan.

“Sewaktu saya menjadi ayah tirinya, saya hanya memegang amanah yang diberikan kepada saya. Saya sendiri tidak pernah tahu lagi apa yang terjadi kepadanya selepas saya bercerai.

“Namun, saya hanya doakan yang positif untuknya. Tapi, saya sama sekali tidak menyangka dia kini sudah menuju ke arah ini. Ianya terpulang kepada siapa yang membimbingnya. Saya pun tidak mau ada pihak yang terasa.

“Itulah kronologi yang berlaku kepada diri saya. Sejujurnya, sebelum ini pun, saya tidak nampak pun dia menunjuk minat jadi penyanyi. Apapun, saya tidak sangka. Saya betul-betul terkejut dia jadi penyanyi,” jelasnya.

Menambah pandangannya terhadap bekas anak tirinya itu, Akhil menegaskan manusia ada masanya akan berubah dari pelbagai sudut.

“Saya betul-betul tidak berani nak komen lebih panjang lagi. Sepatutnya, dengan apa yang terjadi kepada kami sekeluarga sebelum ini, dia dapat lakukan perkara dengan mendalami ilmu yang diperolehnya.

“Dalam kehidupan saya, saya tidak pernah suruh orang jangan menyanyi. Sepatutnya dia lebih konduksif. Dia juga tidak sepatutnya ke arah negatif. Saya memang pernah ada mendengar cerita dia nak jadi penyanyi.

“Isteri saya (Waheeda) pun dahulu seorang yang popular. Tetapi sekarang dia sanggup meninggalkan segalanya demi Allah. Apa yang berlaku kepada Deannaa adalah terbalik dengan isteri saya,” ujarnya.

Mengakhiri perbualan, Akhil hanya berserah dan merasakan soalan yang dilemparkan kepadanya itu lebih afdal dijawab oleh ibu yang menjaganya.

“Saya rasa lebih baik ibu dia yang jawab. Saya sudah ada famili sendiri. Saya juga kena jaga hati banyak pihak,” katanya. – Murai

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More