Friday, November 2, 2012

Datuk K Dan Datuk Siti Bakal Berbesan Dengan Menteri Kanan!

Ramai yang tahu anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi, 25, akan melangsungkan perkahwinan dengan anak seorang VVIP pada Disember nanti di Kuala Lumpur.

Dan sudah pasti ramai yang tertanya siapa VVIP yang dimaksudkan…ahli perniagaan ke, tokoh masyarakat ke, keluarga diraja ke?

Yang pasti, desas desus bertiup kencang yang ‘permaisuri’ di hati Anas adalah anak seorang menteri kanan dari selatan tanah air.

Khabarnya, Anas mengenali gadis yang bijak dan cantik itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu.


Sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.

Sebelum ini ada akhbar yang menulis majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dengan meriah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tentunya ia akan dihadiri ramai wakil kenamaan negara.

Siti sendiri sebelum ini awal-awal lagi memberitahu agar para media mendapatkan lebih penjelasan dari ibu dan bapa kandung anak tirinya sendiri.

“Bagi saya, lebih baik serahkan pada ibu dan bapanya,” jawab pelantun lagu ‘Biarlah Rahsia’ ini.

Namun itu tidak bermaksud beliau tidak gembira jika benar beliau bakal menerima seorang menantu.

“Saya tumpang gembira dengan kehadirannya.”

Apapun tak kisahlah, anak menteri ke, anak pak guard ke, yang penting kita doakan agar pasangan mempelai bahagia hingga ke hujung nyawa.

Itu lebih bagus, kan? – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More