Monday, November 26, 2012

Amaran Tun M buat rakyat Malaysia..

Tun Mahathir memberi peringatan kepada rakyat Malaysia supaya bersedia untuk menghadapi kekecohan di jalan raya sekiranya Pakatan Rakyat tewas pada pilihanraya akan datang.

Tun M juga mendakwa, musuh politik utamanya, Anwar Ibrahim akan menggunakan demonstrasi jalanraya untuk kepentingan diri sendiri.

Bekas perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu turut mendedahkan bahawa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro Pakatan Rakyat supaya bangkit menolak keputusan pilihanraya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.

Bagaimanapun, pemimpin veteran yang masih berpengaruh kuat di negara ini juga percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen, tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.

Tun M juga mendedahkan bahawa Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan.

Tapi kini pendekatan itulah yang dipilih oleh Anwar untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More