Friday, November 23, 2012

Anne Ngasri harap Aliff Aziz tidak 'bocor' kisah-kisah lama mereka berdua



Pelakon Anne Ngasri enggan mengulas panjang lebar tentang kenyataan penyanyi Aliff Aziz bahawa dia masih menyintai pelakon Anne Ngasri dan kesal apabila mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu sudah pun bertunang dengan seorang ahli politik. Malah adik kepada Darling Ngasri ini menganggap bahawa apa yang telah berlaku di antara dia dengan Aliff adalah kisah lalu yang tidak perlu diungkit-ungkit lagi. "Anne rasa dah tak perlulah diceritakan lagi tentang masa-masa lalu dan Anne anggap segala-galanya sudah pun berakhir dengan baiknya.


Tiada manusia yang sempurna di dalam hidup dan cukuplah kalau Anne katakan bahawa hubungan kami (dengan Aliff) sudah pun berakhir. Tidak perlulah dicanang perkara lampau. "Apapun, fokus saya sekarang bukan lai perkara-perkara remeh yang lepas. Yang telah berlaku, biarlah berlalu. Kini, Anne lebih tumpukan tentang persiapan majlis kahwin dan masa depan bersama bakal suami dan anak-anak. Itu yang lebih utama," katanya kepada murai.com.my.

 Anne Ngasri juga berkata, dia bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang rasional yang terus menyokong kehidupan serta kerjaya seninya. "Anne harap juga jangan ada pihak yang menuding jari kepada bakal suami Anne dan menganggap dia sebagai penyebab perpisahan saya dengan Aliff. Sebabnya, bakal suami Anne hadir selepas hubungan Anne selesai dengan Aliff. Dia (bakal suami) juga tidak pernah campur mengenai hubungan kami sebelum ini," katanya lagi.

 Pada tanggal 11 November lalu, Anne Ngasri telah mengejutkan industri hiburan apabila mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli politik kelahiran Johor, Mohd Sumali Reduan berusia 40 tahun di kediaman keluarganya di Taman Bukit Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Anne Ngasri yang memiliki tiga cahaya mata bersama bekas suaminya, Wafi, bakal menikahi Sumali pada bulan Disember ini.
Murai

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More