Tuesday, November 13, 2012

Anwar kata ulamak Umno semua BISU dan TULI...

Anwar Ibrahim mempersoalkanm pendirian ulama Umno yang didakwanya bisu berhubung tohmahan ke atas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan tuli terhadap kenyataan menghina janggut Nabi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dulu Dr Mahathir mengata tentang janggut Nabi. Siapa pernah lihat janggut Nabi? Mana ustaz Umno? Kenapa tak tegur?,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Padang Balang, malam tadi.

"Yang mengata kamu diam, yang tak kata apa-apa, kamu fitnah. Allah maha kaya. Dia tunjuk anak Dr Mahathir ada saham syarikat arak,” tegas Ketua Umum KEADILAN sambil menyifatkan perlakuan Umno itu sebagai hipokrit.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah saman Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelit kenyataan beliau berhubung kebebasan beragama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno, didakwa pernah menyinggung amalan menyimpan janggut oleh Rasulullah SAW dan tidak menarik balik atau memohon maaf berkenaan hal tersebut.

Anwar berkata, menyerang lawan politik dengan kata-kata kesat dan fitnah langsung tidak mencerminkan budaya Melayu beragama Islam yang mempunyai tatasusila mulia.

“Bukan budaya orang Melayu buat kerja khianat,” kata Ketua Pembangkang.


p/s: Makin terdesak nampaknya Anwar nak pertahankan anak dia dalam isu murtad.. Habislahhh..., karier politik Izzah confirm berkubur pada PRU13 nanti.. Hahahaha..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More