Tuesday, November 13, 2012

Pas Bakal Bentang Model Negara Islam Di Muktamar 58


Perhimpunan berceloteh datang lagi, acara tahunan sekadar ingin "hidupkan" parti yang berdaftar, sekadar tidak didenda oleh ROS, sekadar ahli-ahli parti datang berjalan makan angin.

Menurut ahli Pas dan pemerhati politik, kali ini seprti tahun-tahun yang lepas, tiada yang istimewa selain dari hanya "Talk Only" bukannya "Walk the Talk". Mereka masih kecewa dan rata-ratanya cukup kecewa dengan parti yang mereka anggap selama ini sebagai parti yang berjuang atas tunjang Islam.

Kecewa dengan sikap pemimpin mereka yang dilihat tak lebih dari seekor lembu yang dicucuk hidung oleh pakatan pembangkang yang lain. Pas dilihat tidak dominan, hanya sebagai Pak Turut. Tidak mampu untuk buat keputusan bagi pihak Pakatan Haram mereka.

Bermula dari mereka menang besar pada PRU12 hinggalah ke muktamar tahunan yang ke 58 ini, pas terus menerus menunjukkan kegagalan mereka dalam merencanakan sesuatu untuk kebaikan rakyat, mereka masih belum mampu ubah perangai, masih banyak menghasut di pentas ceramah politik, masih tunjukkan sifat kasar yang melampau bila berhimpun seolah-olah mereka hanya jentera buat kacau dalam pakatan haram.

Label "Kepimpinan Melalui Ulamak" sudah hambar dan tiada lagi dalam buku perjuangan pas, paling teruk, mereka melambung nama artis yang sudah tak laku di pentas ceramah mereka. Kononnya artis Malaysia bersama mereka. Ditambah dengan kekalahan teruk barisan yang kononnya ulama dalam pemilihan parti yang lalu dan kumpulan anwarinas dilihat memenangi semua jawatan penting dalam pucuk kepimpinan pas. Mat Sabu dijulang sebagai pemimpin No 2 parti, menjawat jawatan Timbalan Presiden juga mencacatkan nama pas sebagai sebuah parti yang kononnya ulama sebagai pemimpin.

Banyak isu bakal dibangkitkan di muktamar hari ini, muktamar yang ke 58, dan rata-rata ahli hanya datang untuk melihat dan mendengar apa lagi nada sumbang yang bakal diputar oleh pemimpin mereka. Baik dari Pemuda dan Muslimah, semuanya bakal "menjual" diri hanya semata-mata untuk ahli lihat bahawa merekalah paling layak menjadi calon PRU13 dan membawa wadah perjuangan ahli parti.

Ahli juga ingin lihat sejauh mana keberanian pas menghadapi isu dalam pakatan haram mereka. Selama inipun mereka kecewa kerana kalah dengan sekutu mereka, Dap. Kerapkali dilihat pas terpaksa akur dan meminta maaf kiranya terlajak kata tapi Dap sebaliknya. Dap cuba tunjukkan kepada umum bahawa merekalah Abang Besar dalam pakatan haram ini.

Hudud, Negara Islam dan Negara Kebajikan antara modal halwa telinga peserta muktamar yang hadir sekian lama dan kali ini kedengaran bahawa Pas bakal bentangkan Model Negara Islam yang bakal mereka laksanakan bila pakatan haram menang. Apakah model itu ? Lagi sekali akar umbi bersuara seperti mereka sudah tahu, pemimpin mereka hanya suka mencipta SLOGAN dan tidak mampu untuk laksanakan apa yang dicadangkan.

Model Negara Islam mana yang Pas nak laksanakan ? Negara Timur Tengah yang semuanya hancur kerana perang saudara ? Negara yang dicucuk hidung oleh Amerika atau Model Kerajaan Madinah zaman Nabi saw dan Sahabat beliau ?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More