Thursday, November 1, 2012

Badrul Amin Cuba Hidupkan Al-Arqam



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Jurucakap JAIS berkata, konsert yang bertemakan ‘Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib’ itu dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Konsert itu didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-arqam.

Selain nyanyian, turut diadakan jamuan makan malam dan pameran.

Dalam serbuan itu JAIS juga merampas kain rentang mengandungi tulisan atau perkataan yang cuba menghidupkan semula ajaran Al-arqam.

Al-arqam diharamkan di negara ini pada 1994.





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More