Thursday, November 15, 2012

Berdemo Jalan Kaki Penuh Penipuan


Usaha untuk menghalang 22 Ribu pekerja Lynas dari terus menyara anak isteri makin giat berjalan walaupun yang tinggal hanya 2-3 kerat cina dan 2-3 kerat Melayu pas dan 2-3 kerat Melayu campur cina pkr.

Usaha menabur pasir dan racun ke dalam periuk nasi 22 Ribu pekerja Lynas kini masuk fasa yang penuh dramatik. Kononnya nak cipta rekod kesian belas rakyat maka mereka ambil keputusan berjalan kaki dari Kuantan ke KL, katanya destinasi akhir adalah Parlimen Malaysia.

Dalam hujan renyai mereka berjalan, dalam ribut petir kita tidak diberitahu kemana hilangnya mereka. Dalam panas terik mereka berjalan dan akhirnya berhenti menikmati buah tembikai di tepi jalan, siapa belanja kita tidak dimaklumkan. Ada dibekalkan Teh O Ais siap bungkus sepanjang perjalanan kemanusiaan ini kononnya.

Beberapa kereta disediakan bagi yang tidak larat berjalan atau agak jauh ketinggalan, supaya dapat diangkut dan dibawa ke depan, tidakkah lucu ini semua?

Ada peserta wanita Islam dari pas, kononnya masih muda dan faham erti perjuangan melingkupkan periuk nasi orang, terpaksa berhenti banyakali dan mendapat khidmat Tukang Urut yang disediakan khas oleh penganjur. Apakah segalanya percuma ? Siapa yang bayar tukang urut tersebut?

Yang maha lucu bila kepala yang kononnya tak jemu-jemu cuba hancurkan tempat cari makan anak tempatan tidak kelihatan untuk berjalan bersama. Kemana perginya Ahli PArlimen Fauziah ? Kenapa biarkan warga KL yang ramai berdemo jalan kaki ? mana anak Kuantan ? Joker.

Ada yang sinis, kenapa perlu lakukan semua ini hanya kerana nak penuhi nafsu wakil rakyat yang tidak pernah buat apa-apa di kawasannya ? Apakah malangnya pengundi mereka,dapat wakil rakyat yang habiskan penggal kaut gajinya dengan memperjuangkan TUTUP LYNAS. Rakyat di kawasan sendiri tidak terbela, dengan jawapan mudah, UMNO dan BN ada untuk jaga pengundi saya. Itukah maksud Fauziah ?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More