Thursday, November 1, 2012

BERITA TERKINI!!! Badrulamin ditangkap KHALWAT lagii..., bersama Al-Arqam..


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes di Rawang semalam.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron.

Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut.

Difahamkan, majlis yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam.

Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam, Selangor. Sehubungan itu, JAIS akan menjalankan siasatan lanjut dan memantau aktiviti pengikut bekas pemimpin Al-Arqam berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menahan mereka yang didapati terbabit dalam cubaan menghidupkan kembali gerakan itu. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More