Friday, November 2, 2012

Dasar DAP Membuktikannya Sebagai Tamak


Bekas pemimpin PKR mendakwa DAP mengamalkan dasar 'satu calon satu kerusi' bagi mendapat laluan mudah memenangi Pilihan Raya Umum 13.

Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata dasar berkenaan dilaksanakan bagi memastikan DAP berjaya merebut lebih banyak kerusi DUN atau parlimen.

Katanya sebagai contoh, Parlimen Seputeh dipegang Teresa Kok mempunyai jumlah penduduk 100,000, namun beliau turut menjadi ADUN Kinrara dan Exco Kerajaan Selangor. "Itu bukan sahaja mementingkan diri sendiri, malah menyebabkan mereka tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan baik. Natijahnya pula harus ditanggung rakyat.


"Antara sebab lain DAP melaksanakan dasar berkenaan kerana tidak mempunyai calon berkelayakan. Justeru, mengambil jalan mudah meletak satu calon bertanding dua kawasan" katanya.

Dalam pada itu Lum menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak telus kerana enggan mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta wakil rakyat memilih kerusi yang akan ditandingi dalam PRU13.

Karpal sebelum ini meminta pemimpin yang memiliki dua kerusi membuat pilihan tetapi keputusan akhir diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Sikap Guan Eng bukti parti itu sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan dan memperluaskan kawasan tanpa mempedulikan hak dan kepentingan pengundi. Oleh itu rakyat diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tipu helah DAP yang dari awal penubuhan tidak memperjuangkan kepentingan rakyat" katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More