Friday, November 2, 2012

Filem Skyfall pecah rekod dunia


SKYFALL, filem ke-23 James Bond sudah mula mencipta rekod kutipan jualan tiket pada hari pertama tayangan di peringkat global. Ia ditayangkan di lebih 20 negara semalam termasuk di Malaysia.

Kutipan pembukaan RM253 juta (AS$77.7 juta) pada minggu pertama (diselaraskan dengan anggaran dari RM243 juta) di 25 pasaran global, filem itu kini secara rasminya sudah melepasi paras RM300 juta (AS$100 juta). Perkara ini disahkan oleh Sony semalam.

Skyfall, yang dihasilkan dengan kos AS$150 juta mencapai kejayaan terutama di United Kingdom, Perancis, Rusia dan Korea. Secara kasarnya, Skyfall mengaut RM20.7 juta (AS$6.8 juta) Isnin lalu di United Kingdom.

Dengan itu, meminggirkan catatan terbaik ‘box office’ pada hari Isnin, yang sebelum ini dipegang oleh Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2 menerusi kutipan RM15.8 juta tahun lalu.

Sony berkata, Skyfall bermula dengan prestasi kutipan lebih baik jika dibandingkan dengan situasi semasa tayangan Quatum of Solace. Mengikut maklumat awal, filem terbaru ini ditayangkan secara berperingkat sejak 26 Oktober lalu. Di Malaysia ia ditayangkan sejak semalam. - Sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More