Thursday, November 1, 2012

Firma Guaman Kes Suaram Didakwa



KUALA LUMPUR – Sebuah firma guaman di ibu negara didakwa memberi maklumat palsu menerusi sepucuk surat rasmi kepada peguam di Perancis yang mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) adalah sebuah pertubuhan berdaftar di negara ini.

Perkara itu didedahkan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang menyifatkan tindakan tersebut bertujuan memburukkan kerajaan dan ‘berniat jahat’.


“Suaram terima berpuluh juta ringgit dan firma guaman yang terlibat ini adalah seperti satu ‘grand design’ untuk menutup kegiatan ini bagi mencemarkan nama negara kita. Kenapa saya kata ‘grand design’, ini kerana surat itu ditandatangani oleh seorang rakan kongsi yang terkemuka di dalam firma guaman itu.

“Yang saya tidak boleh terima ialah fakta yang sebenarnya Suaram satu badan yang tidak berdaftar dan tidak sah, tetapi dalam surat rasmi kepada peguam di Perancis menyatakan bahawa Suaram adalah satu badan yang sah, yang berdaftar melalui Suara Inisiatif, tetapi tiada Sendirian Berhad.

“Ini merupakan kegiatan yang memburukkan kerajaan dan berniat jahat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Wee berkata firma guaman yang beroperasi di Jalan Tun Perak itu merupakan syarikat gergasi di negara ini dan sering menerima kontrak kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan itu berkata kementeriannya dimaklumkan bahawa Peguam Negara ingin mendapatkan laporan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung siasatan terhadap Suaram.

“Peguam Negara kata ada hubung kait di antara Suaram dan Suara Inisiatif Sendirian Berhad (SISB), kita kata wang yang masuk dalam SISB masuk dalam Suaram, dia (Peguam Negara) nak wujudkan hubung kait tersebut, itu jawapan dari Peguam Negara dan saya tidak boleh pertikai,” katanya.

Persidangan dewan bersambung.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More