Inilah beberapa gambar Pra Perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 November 2012 iaitu sabtu ini. Majlis pernikahan mereka akan dapat disaksikan di saluran Astro 104 pada jam 9 malam dalam rancangan khas Walmatulurus Diana dan Farid. Majlis resepsi Diana pula akan berlangsung pada ulang tahun kelahiran Diana yang ke-21 iaitu pada 21 November ini manakala majlis di sebelah Farid pula akan diadakan pada bulan Disember depan.
Menurut Farid Kamil, majlis akad nikah akan diadakan di Taman Tasik Hotel Flamingo, Ampang sebelah pagi, konsep perkahwinan telah dipilih sendiri oleh Diana. Konsep perkahwinan kegemaran Diana pernah didedahkan di dalam majalah Pesona Pengantin, dia menggemari imej sopan, serta majlis outdoor dengan dikelilingi bunga-bunga segar. - nurizspace.com
0 comments:
Post a Comment