Friday, November 23, 2012

(Hangat) Tiga anggota polis didakwa rogol wanita Indonesia ditahan reman

















KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang minggu lalu sudah ditahan reman, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

 Beliau berkata, kementerian memandang serius kes itu yang didakwa berlaku pada jam 7 pagi di Perai, Jumaat lalu.

 "Kementerian telah menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah pada hari kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 "Dan dimaklumkan tiga anggota polis terbabit ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


 Beliau berkata, laporan siasatan yang lengkap akan dikemuka kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

 Menurutnya pihak polis turut memaklumkan bahawa satu pasukan khas ditubuh bagi menyiasat kes itu secara telus.

 "Kementerian akan terus menyusul perkembangan kes ini dengan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara ini," katanya. - BERNAMA | Bharian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More