Friday, November 2, 2012

HOT!! Anak perempuan Akhil Hayy jadi penyanyi Pop..


Gua baca dalam satu portal hiburan, bekas Anak Tiri Akhil Hayy yang bernama Deanna Sofea dah jadi penyanyi beb..

Anak penceramah Pas tersebut telah membuat penampilan sulungnya disamping memperkenalkan single terbaru di The Venue, Pavilion Kuala Lumpur.

Deanna Sofea membuat persembahan di acara Live Debut Showcase Kat Hassan, seorang protege Siti Nurhaliza dalam program Mentor.

Single anak Akhil Hayy tersebut berjudul Cinta Tak Harus Milikmu ciptaan Manusia Putih.

Malah, dia turut bergandingan dengan Kat Hassan menerusi beberapa lagu duet iaitu Mencintaimu serta Gerimis Mengundang.

Gua difahamkan, Deanna merupakan anak bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal bersama bekas suami pertamanya. Deanna juga punya seorang lagi adik kandung dari bapa yang sama iaitu Daniel Arif.

Manakala 4 lagi adik adalah menerusi perkahwinan ibunya (Maiza) dengan Akhil iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, Muhamad Shakir Hidayahtullah, Muhamad Shariff Hidayatullan dan Siti Nur Maisarah.


p/s : Liberal jugak anak Ostad Akhil Hayy ni yee... Hehehehehe...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More