Sunday, November 25, 2012

Jangan Memperjudikan Nasib



KUALA LUMPUR 25 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan muda supaya jangan menggadaikan masa depan negara dengan membenarkan pembangkang menggagalkan segala usaha yang telah dilakukan kerajaan selama ini.

Perdana Menteri berkata, golongan tersebut khususnya wanita muda tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik parti pembangkang yang sering mempertikaikan kebolehan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara sedangkan negara luar mengiktiraf Malaysia.

Tegasnya, tiada sebab untuk golongan muda terpengaruh dengan pembangkang yang jelas ketandusan idea-idea baharu apabila hanya pandai mencari keburukan dalam setiap projek yang dilaksanakan kerajaan, sedangkan usaha itu terbukti berjaya merangsang ekonomi negara.


"Projek seperti Projek Rapid di Pengerang, Johor dan penyenaraian Felda Global Ventures (Holdings Bhd.) di Bursa Malaysia cuba digagalkan pembangkang atas dasar politik kerana mereka tidak mahu melihat BN mencapai kejayaan dengan menunjukkan kebolehan untuk mentadbir negara.

"Segala yang dirancangkan akan tinggal atas kertas dan terbantut kalau perancangan untuk lakukan transformasi digagalkan pembangkang dan tidak mendapat sokongan politik daripada rakyat," katanya ketika menutup Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Dalam pada itu, Najib berkata, BN akan memenuhi inspirasi, dedikasi, ekspresi dan aspirasi orang muda di negara ini dalam setiap rangka transformasi yang dilaksanakan bagi memastikan potensi diri golongan itu dioptimumkan.

Menurut beliau, sebagai kerajaan janji ditepati, komitmen tersebut dibuat kerana BN mahu melihat masa depan golongan muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara sarat dengan sinaran agar mereka dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik berbanding hari ini.

"Aspirasi orang muda yang paling utama ialah menyediakan peluang pekerjaan dan menyedari kepentingan perkara tersebut, kerajaan sejak melakukan proses transformasi telah berjaya menyediakan lebih 313,000 peluang pekerjaan untuk diisi golongan itu.

"Kemampuan kerajaan menawarkan peluang pekerjaan sebanyak itu adalah disebabkan kejayaan kita menguruskan ekonomi negara. Kita berjaya tampilkan Malaysia dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan walaupun ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu," katanya.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More