Saturday, November 24, 2012

Kalimah Allah Di Kepala Christiano Ronaldo?


Amat menakjubkan apabila melihat video yang dimuat naik di laman Youtube pada 13 November lalu.

Ia menunjukkan terdapat kalimah Allah di belakang kepala pemain bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Video yang memaparkan belakang kepala Cristiano itu diambil semasa dia menerima rawatan di tepi padang akibat matanya berdarah.

Muka Cristiano bertembung dengan siku David Navarro yang mana ia membuatkan dia mengalami masalah penglihatan.

Insiden itu berlaku ketika Real Madrid menentang Levante dalam Liga Sepanyol pada 12 November lalu.

Menerusi video itu, dapat dilihat dengan jelas kalimah Allah pada rambutnya.

Tidak tahulah sama ada kalimah suci itu benar-benar terdapat di kepalanya atau sekadar kebetulan kerana gaya penampilan rambut Cristiano sentiasa berubah-ubah.

Apatah lagi kerana ketika perlawanan itu berlangsung, rambutnya sudah seakan-akan tidak terurus.

Lihat saja video di bawah ini. Apa komen anda?? Wallahualam…


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More