Sunday, November 25, 2012

Keputusan Penuh Final Badminton Hong Kong Open 2012


Keputusan Final Badminton Hong Kong Open 2012 | Keputusan Penuh Final Badminton Hong Kong Open 2012 | Senarai Pemenang Final Badminton Hong Kong Open 2012. Berikut ialah keputusan penuh Final Badminton Hong Kong Open 2012 yang baru sahaja selesai berlangsung tadi dengan Lee Chong Wei gagal meraih kejuaraan pertama sejak berkahwin dengan Wong Mew Choo apabila tewas kepada Chen Long (19-21, 17-21) dalam masa 47 minit.


Nasib yang sama juga menimpa pasangan beregu nombor satu negara, Kien Keat Koo/Boon Heong Tan, apabila mereka gagal menebus kekalahan di Final Denmark Open 2012 bulan lalu kepada pasangan Korea selepas tewas mudah kepada Cai Yun/Fu Haifeng (16-21, 17-21) dalam masa 43 minit. Kekalahan kedua-dua wakil negara ini membolehkan China menyapu bersih kejuaraan bagi kelima-lima kategori yang dipertandingkan dalam Terbuka Hong Kong 2012.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More