Friday, November 2, 2012

Kisah Si Tukang Taip!

Assalamualaikum!

Artikel ini pasti membuka mata dan memberi informasi terbaru dari sudut berbeza kepada Si Tukang Taip terutama bloggers semalaya.
Bukan tukang taip surat rasmi guna mesin taip kat tepi jalan tu!
Tukang taip zaman moden.

Andai anda seorang tukang taip anda pasti memiliki fanpage facebook dengan tujuan utama untuk meningkatkan trafik.
Andai anda seorang tukang taip dan mempunyai belog sendiri, anda pasti terkesan dengan budak-budak kaki report sedunia.
Sekarang baru saya faham kena OH! MEDIA terus block saja fans mereka yang memberi komen celaka yang maha menjatuhkan.


Anda tahu kenapa?
Mereka ini, fans durjana adalah duri dalam daging.
Mereka ini, mempengaruhi fans lain untuk ikut sama membenci dan mencerca kita semua khususnya tukang taip.

mereka ini jugalah yang bernama tukang taip.
Terkejut bukan?
Anda harus mengerti manusia musuhnya manusia, ahli politik musuhnya ahli politik dan sudah pastinya tukang taip musuhnya tukang taip.
Bukan nak menuduh. Ini adalah fakta yang kita tak dapat nak elakkan.

Contoh yang paling senang saya nak bagi.
Andai anda seorang tukang taip masuk ke belog orang lain, ada anda nak klik iklan?
Mungkin anda hanya copy paste artikel kemudian belah begitu saja.
Takpun, tipu je dah klik iklan dan minta iklan anda diklik semula oleh tuan punya belog.
Tapi, bukan semua la yang berperangai durjana macam tu.
dari 100%, ada 10% sahaja atau mungkin 1% sahaja yang betul jujur dalam katanya.

Kaki report ni, kalau dah report diorang dapat apa erk?
Hati mereka akan berasa puas dan gumbira andai admin, moderator dan content creator semua kena block.
Apa yang admin, moderator dan content creator dapat?
Dapat susah, kena block seminggu dan ada yang kena sampai berbulan-bulan lamanya.
Diorang tak fikir betapa tersiksanya kena block berbulan-bulan kat facebook.
Seminggu pun dah rasa hampeh apa lagi sebulan?

Okay, mungkin gambar, post atau link itu nampak lucah atau mungkin nampak ganas.
Jangan tipu la mangkuk hayun kau tak pernah nak layan benda lucah dan benda ganas.
SIAPA SINI MALAIKAT?
Korang fikir admin, moderator dan content creator nak sangat ke kongsi benda lucah atau ganas kat korang?
Mungkin lucah berunsur lawak dan pengajaran dan mungkin juga ganas berunsur pengajaran ataupun lawak.
Tujuan utama adalah nak memberi informasi kepada anda.
Tapi lain pula yang korang fikirkan.
Come on, kitorang bukan buat klik 3gp.
Saya sangat sakit hati dengan manusia dengki yang fikiran bajet suci ni.
Suci la sangat kan..

Satu ayat je dapat menerangkan semua,
TAKE IT, OR LEAVE IT!
Tak suka, lantak kau lah!
Hide je la gambar dan link tu!
Yang kau beriya-iya sangat nak report kenapa?
Kau tau tak kau dah mengganggu periuk nasi orang?
Kau tau tak ada tukang taip yang kena bayar untuk produce hosting diorang sendiri?
Kau tak pernah tahu sebab kau bodoh berfikiran sempit.
Walhal, kau jugak orang pertama yang klik link dan membaca artikel yang kau katakan ganas dan lucah itu.

Pasal iklan dalam belog pula, semakin dikenali atau popular sesebuah belog, pastinya iklan pun semakin banyak.
Lantak diorang la nak beriklan banyak manapun, belog diorang.
Kau sibuk apesal?
Oh, kau dengki ea?
Sebab kau pun tukang taip tapi belog kau takde sape nak letak iklan.
Kasian kau!
Kan dah kantoi kau juga adalah tukang taip.

Jadi, beware of tukang taip!
Next time kita akan cakap pasal "Si Kaki Report" pulak!
Kenapa dan mengapa mereka report dan kita akan menyelami dari pandangan Si Kaki Report!
Bukan kaki keriput!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More