Saturday, November 17, 2012

KONFLIK ISRAEL PALESTIN!

Perlukah Palestin dan Islam tukar cara perjuangan?

Konflik asia tengah sudah berlarutan beratus tahun. Kalau mahu lebih tepat sudah lebih semillenia pihak islam dan "mush islam“ (Bukan RPK ya!) bergochoh di atas tanah yang dinamakan Palestin. Cuma dulu pihak islam ber-smackdown dan bermain pancung-pancung leher dengan askar salib. Kini bila majoriti orang Islam dah bercomolot dengan orang barat kerana saling bergantung paut penjualan minyak, giliran kita untuk ber-smackdown dan pancung memancung dengan Yahudi pula.


Dulu ketika baru bertumbuk pihak PLO main curik-curik kapal terbang. Kapal udara milik El Al dan beberapa syarikat penerbangan antarabnagsa "dipau“ dari udara dan dipaksa mendarat di Revolution Airport, Amman Jordan. Ketika itulah akronim PLO dan perjuangan mereka kali pertama mendapat tumpuan dunia. Maka berkelahlah pihak perampas dan 310 orang tebusan di padang pasir selama beberapa hari. Kemuncak episod rampasan ini ialah main event dimana kesemua pesawat yang dirampas diletupakan secara serentak. Pada masa tu membunuh tebusan masih lagi dianggap taboo. Selepas permintaan mereka ditunaikan semua terbusan dilepaskan dan perampas melarikan diri ke Jordan.

Itu kali terakhir pihak Israel berurusan dengan pihak "pengganas". Tahunnya ialah 1970. Selepas peristiwa ini pihak Israel tidak lagi melepaskan pengganas dalam tahanan sebagai pertukaran untuk nyawa orang awam.

Selang beberapa tahun selepas itu dan kita menyambut kedatangan Olimpik ke 20 di Munich, Jerman Barat. Pada bulan September 1972 segerombolan pejuang palestin menceroboh perkampungan Olimpik dan menahan sekumpulan atlet dari Israel sebagai tebusan. Uniknya insiden kali ini ialah selain meminta dibebaskan pejuang Palestin dalam tahanan Israel, mereka juga meminta beberapa tahanan dari kumpulan pengganas anti-semitik Baader-Meinhoff dibebaskan dari penjara. Baader-Meinhoff adalah kumpulan pengganas dari German Timur yang ditaja secara rahsia oleh badan perisikan Russia yakni KGB. Dan sekiranya kamu ingin tahu kebanyakkan "pengganas“ atau "radical elements“ (ini adalah klasifikasi yang digunakan CIA) pada waktu perang dingin ditaja oleh KGB. KGB tidak pedulipun jika "elemen radikal“ ini terdiri dari golongan islamist. Yang penting mereka mewujudkan kekacauan di negara-negara Barat. KGB juga menjadi pemodal utama bagi PIRA (Provinsional Irish Republican Army) yang banyak mengebom bandar-bandar utama di United Kingdom sehinggalah pertengahan 90-an. Lebih menarik lagi elemen-elemen radikal ini selalu berjumpa,berbincang dan berlatih bersama-sama di kem latihan di padang pasir Syria. Hanya selepas Kesatuan Soviet musnah pada tahun 1991 barulah elemen radikal islamist ini mendapat bantuan kewangan secara total dari “pemodal” seperti Osama ben Laden. Baader-Meinhoff dan PIRA pula hilang secara mendadak kerana ketiadaan "penaja“ aktiviti revolutioner mereka.

Diantara 1972 hinggalah sekarang banyak serangan di serata dunia menggunakan Palestin sebagai basis untuk mengahalalkan pembunuhan orang awam. Maka sudah lebih 30 tahun mereka menggunakan "fear and intimidation“ untuk memaksa Yahudi untuk berundur dari Palestin. Persoalannya berapa efektifkah taktik memaksa ini? Adakah kamu merasakan sekarang orang Islam atau bukan islam semakin simpati pada orang Palestin? Aku rasa sebaliknya berlaku sekarang. Rata-rata komentar dari lama web luar negara mentertawakan Palestin. Kebanyakkan komen berbunyi sebegini

"They have been doing this terrorism business for the past three decades. When will they realize that people no longer sympathise with their plight. It is like what happened to the Japanese in WWII. They started the war and killed millions. So when we dropped THE bombs on Nagasaki and Hiroshima no one cared that thousands of civilians died in the ensuing firestorm. No one wept for those who died in the Tokyo firebombing as well. Simply put, if you started the the war by killing civilians/non-combatants you have NO MORAL GROUND to start calling people unfair and barbaric”

Harap kamu semua dapat melihat kenapa sekarang bila Gaza dilanyak tidak adapun kuasa besar yang membantah. Kita hanya mampu membakar bendera berbintang David dan mengutuk “kekejaman” regim Zionis.Kamu marah bila melihat tiada reaksi besar dari negara barat. Konspirasi pihak anti Islam kata kamu. Tapi cuba kamu “pakai kasut” mereka untuk satu hari. Cuba lihat dari mata pandangan seorang Eropah. Lupakan selama seminit yang kamu seorang penyimpati Palestin. Kamu rasa bolehkah kamu berasa kasihan pada orang Palestin bedasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku semenjak 30 tahun lebih kebelakangan ini? Jika kamu kata "ya saya boleh simpati" aku rasa kamu membohongi diri kamu atau kamu memang berhati suci kudus mengalahkan Son Goku. Ingat di kawasan yang diserang baru-baru ini 65% penduduknya mengundi Hamas. They know what they are doing by voting these opportunist disguised as soldiers of Allah.

Bila berbincang isu keganasan dan Palestin aku gemar menjadi Devil’s Advocate. Mungkin kerana ketika zaman berdebat zaman persekolahan dulu selalu sangat berdebat dari pihak pembangkang. Bila kita lihat sesuatu isu dari pihak yang berlainan barulah kita boleh tahu motivasi mereka. Apa yang membuatkan mereka berdetik (what make them tick) dan dari situ kita boleh tahu cara menyelesaikan masalah yang ada.Dalam kes terkini aku tidak boleh salahkan Israel 100% atas retaliotary reaction mereka. Tahukah anda yang Hamas sengaja meletakkan pejabat mereka ditengah-tengah kawasan awam? Tahukah kamu Hamas meletakkan bom dan alat persenjataan mereka di dalam masjid,hospital dan apartment awam? Read that again UNDERNEATH mosque,hospitals and apartments.Jadi janganlah terkejut dan mengamok bila ada orang awam terkorban bila bom pintar Yahudi jatuh ke atas kepala mereka.

Kebanyakkan "pejuang Islam“ sekarang mengatakan mereka mahu berjihad seperti rasul menentang kuffar. Tapi aku pelik. Ketika zaman nabi dahulu ada ke nabi menyerang penempatan awam? Ada tak nabi menyembunyikan senjata di tempat awam?

"Tapi Effi kamu ni memang si liberal laknat. Yahudi bunuh saudara kita macam bunuh nyamuk.Itu yang lebih penting kamu fikirkan“

Betul. But does that give us a MORAL GROUND for justice? Why fight fire with fire? Since muslims are now so keen on being TRUE ISLAMIST LIKE THE PROPHET then why aren’t they following his example when he returned to Mecca? Ingat nabi dibaling batu dan pelepah ketika dihalau mushrikin Mekah. Marahnya seorang malaikat sehingga dia bertanya bolehkah dia menterbalikkan bumi dan membunuh mushrikin ini. Nabi kata tidak. Bila baginda pulang untuk menawan Mekah adakah nabi menyerang orang awam dan membalas dendam akibat dilontar batu? What we seeing now is people justifying killing non combatant because the Jews killed non combatant. What do we know about revenge taking? It only perpetuates the problem instead of solving it. Peace DUDES.

What can we learn from this story and this very TL:DR entry?

1. Penentangan bersenjata untuk pembebasan Palestin gagal. Sudah 30 tahun lebih ia dilakukan dan ianya hanya menaikkan kemarahan orang bukan Islam. Ini bertentangan dengan niat asal untuk memberi tahu dunia yang mereka ditindas.

2. Hamas bukanlah insan suci tak bersalah. Mereka SENGAJA meletakkan senjata dan markas di tempat awam. Dengan adanya orang awam bolehlah dapat perisai daging manusia. Kalau ada yang mati boleh digunakan sebagai alat merekrut lebih banyak pejuang Hamas kelak

3. Mungkin kita harus guna cara passive resistance dan civil disobedience ala Mahatma atau Martin Luther King. Orang India dibunuh inggeris. Orang kulit hitam pulak dihambat pak putih ketika pergerakan “civil rights” di US. Mereka tidak membalas kekejaman dengan kekejaman. Akibatnya “popular opinion” memihak mereka.

4. Pertelingakahan di Palestin sudah berlarutan ribuan tahun. Kamu tak bosan ke asik bermatian semata-mata nak tunjuk agama kamu lagi kick ass? Stop this nonsense. It only reinforce the idea that religion divide people instead of uniting them. It is a shame how Jews and Muslims share loads of commonalities but still fight like Kane and Abel.

Dah.. I hope you read this long shit. I spend hours typing it and doing the research. Dan aku menulis dalam bahasa kebangsaan. Perlahan sunguh bila menaip dan lebih perlahan lagi ketika cuba membina ayat. Maka tolonglah baca supaya aku tak menyesal menulis panjang-panjang.

Mr. Ambassador, you have nearly a hundred naval vessels operating in the North Atlantic right now. Your aircraft has dropped enough sonar buoys so that a man could walk from Greenland to Iceland to Scotland without getting his feet wet. Now, shall we dispense with the bull?

P/s : Artikel ini hanya sekadar perkongsian dan ia bukanlah ditulis oleh admin.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More