Monday, November 5, 2012

Nik Aziz Tidak Melawat Anggota Bomba Yang Parah ?


Semalam insiden 11 anggota bomba menyabung nyawa ketika kejadian memadamkan api di sebuah kawasan industri Pengkalan Chepa, dekat dengan rumah MB Kelantan.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman memberitahu, ada empat tangki minyak silinder di tempat tersebut dengan dua daripadanya mengalami kebocoran dan terbakar dengan salah satu daripadanya meletup.

“Minyak silinder yang berada di dalam dua buah tangki tersebut bocor dan tumpah sebelum mengenai api yang masih menyala menyebabkan kebakaran menjadi marak sehingga api tersebut menyambar 10 anggota kita yang sedang berusaha memadamkan kebakaran.

“Tujuh daripada anggota yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian manakala, selebihnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, dekat sini. Lima daripada mereka melecur dengan agak serius,” katanya ketika ditemui semalam.

Malangnya, mana Nik Aziz atau wakil rakyat parti pas yang sibuk canang "Negara Kebajikan"?
Menurut pelawat hospital yang kebetulan ada di hospital trsebut, mereka cuak dengan perangai munafik wakil rakyat mereka sendiri terutama Menteri Besar.

" ceramah bukan main ajak buat baik, dia sendiri hampeh.." itulah luah hati rakyat Kelantan pada Nik Aziz yang semakin nyanyuk kata mereka lagi.





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More