Friday, November 23, 2012

Orang Minyak Sabah Mengamuk



Berseluar dalam dan berbekalkan pisau lipat, seorang lelaki di Tawau nekad melakukan aktiviti pecah rumah. Langit tidak selalu cerah. Pada satu kejadian di Taman Semarak di sini, beliau berjaya ditangkap ketika sibuk menggeledah rumah mangsa.

Menurut mangsa, badan suspek berkenaan dilumur dengan minyak yang berbau busuk. Ia bertujuan menyukarkan usaha menangkap kerana licin. Dalam pergelutan itu, mangsa yang dibantu oleh adiknya berjaya mengalahkan suspek. Hasil rompakan seperti duit RM 2000 dan 6 handphone dapat diambil semula.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More